2 Sebab Mengapa Pekerja Tidak Berpuas Hati Dengan Pekerjaan Mereka

0

Rasa tidak puas hati dengan pekerjaan semakin meningkat  dan pekerja menyalahkan keseimbangan kerja  yang lemah sebagai punca dengan hampir 80% daripada mereka mencari peluang pekerjaan yang lain.

Hasil kajian daripada kaji selidik ‘Job Satisfaction 2016’ yang dijalankan oleh TimesJobs.com menunjukkan 60% pekerja tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka sekarang, manakala 80% mengatakan mereka sedang mencari peluang pekerjaan yang lain.

Mencari Keseimbangan Kerja Yang Lebih Sihat

Paradigma kepuasan pekerjaan telah berubah daripada kepuasan dari segi gaji ke arah kerjaya yang mempunyai keseimbangan kerja yang lebih sihat.

Melihat kepada  kajian yang telah dijalankan, tahap ketidakpuashati pekerja semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2015, 78% pekerja menyatakan bahawa mereka berpuashati dan gembira dengan pekerjaan mereka walalupun mereka masih mencari peluang yang lain.

Dalam laporan itu juga menyatakan, dari 60% pekerja yang tidak berpuashati, 80% daripada mereka terdiri daripada peringakat bawah, 60% daripada peringkat pertengahan dan 40% responden lagi dari peringkat tinggi.

Pekerjaan Yang Tidak Bermakna, Gaji Sedikit

Antara responden yang mendakwa tidak berpuas hati, 50% merasakan keseimbangan kerja yang lemah adalah penyebabnya, manakala 30%  merasakan kerja mereka tidak bermakna dan 20% lagi mengatakan gaji yang rendah adalah punya ketidakpuashatian mereka.

Daripada responden yang mengatakan mereka berpuas hati, 45%  menyatakan keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian adalah punca utama kepuasan mereka. 35% pula meyifatkan gaji yang mereka perolehi sangat memberangsangkan dan 20% megatakan profil kerja yang baik adalah puncanya.

 

Sumber financial