4 Petunjuk Yang Menunjukkan Anda Bakal Diambil Kerja

0

Selepas kita menghadiri temuduga, kebiasaanya orang-orang sekeliling kita pasti menayakan bagaimana temuduga, bagus atau tidak, tetapi kita semestinya tidak tahu. Kita akan menjadi terlalu gemuruh dan hanya menumpukan untuk menjawab soalan yang diberikan sahaja tanpa memerhatikan penemuduga kita.

Kebanyakan daripada kita terlalu risau dan gelisah sehingga lupa untuk melihat petunjuk yang diberikan oleh penemuduga. Jika kita dapat membaca insyarat yang diberikan, peluang untuk kita diambil kerja adalah tinggi. Hal ini kerana, cara penemuduga  bertindak balas menunjukkan sama ada mereka betul-betul mendengar atau bosan, sama ada mereka setuju dengan apa yang kita katakan, sama ada mereka percaya anda sesuai untuk kerja yang ditawarkan.

 

1.Ekspresi Wajah

Jika penemuduga senyum dan kelihatan berminat dengan apa yang kita katakan, ia adalah bagus! Dan jika penemuduga kelihatan keliru (dahi berkerut atau kening dinaikan), tidak suka (kedua-dua kening dinaikan atau menggelingkan kepala), tidak berminat (tiada ekspresi muka atau merenung), kita perlu faham bahawa kita bukan pilihan.

Kesemua ekspresi yang ditunjukkan bermakna penemuduga mungkin tidak faham apa yang kita katakan atau bosan dengan jawapan yang kita berikan.

 

2.“Eye Contact”

Jika temuduga berjalan lancar, penemuduga  kebiasaanya akan selalu membuat “eye contact” . Jika penemuduga melihat sekeliling bilik atau melihat jam, kita perlu mengambil perhatian. Ini menunjukkan bahawa penemuduga sudah bersedia untuk bertukar ke soalan seterusnya atau sudah membuat keputusan tentang diri anda.

 

3.Posisi Tubuh

Penemuduga kebiasaanya akan  dalam keadaan tenang dan badan dalam keadaan bersandar kehadapan yang menunjukkan mereka melihatkan diri dalm sesi temuduga tersebut dan mereka berminat. Jika penemuduga dalam keadaan kaku, bersandar kebelakang dan menyilangkan tangan di dada, ini menunjukkan penemuduga bimbang dan rasa tidak selesa serta ia menunjukkan bahawa kita tidak sesuai untuk pekerjaan tersebut.

 

4.Insyarat Tubuh

Jika menganggu atau ketawa pada cerita lawak anda ia bermaksud mengiayakan. Berhati hati jika mereka menyilangkan tangan, bersandar kebelakang, mengangkat kening, menggeleng kepala, ia bermaksud menidakkan.

 

 

Sumber forbes