5 Salah Anggap Yang Selalu Berlaku Pada Budak IT

0

5 Salah Anggap Yang Selalu Berlaku Pada Budak IT? Bila orang bertanya apa course kami ambil di universiti, kebanyakan kami menjawab ringkas “IT”. Dan mulalah sesi memandang rendah atau ajuan soalan tersasar pada kami. Kenapa kami jawab ringkas je? Sebab kalau cakap pun orang tak faham dan tak kisah. Mereka anggap course IT ni senang je budak tak pandai pun boleh belajar. Maafkan patik ye, course kami bukan belajar menulis di Microsoft Word atau scan dokumen. Ironinya, yang selalu pandang low class bidang ni ialah pak cik mak cik yg nak on computer pun terkial atau rakan sebaya yg cuma kenal Instagram dan Facebook aje dalam internet. Untuk pengetahuan, bidang IT ni bukan satu saja. Kalau Engineering ada banyak cabang: civil, chemical, electrical, mechanical dan sebagainya, bidang IT juga ada beberapa cabang. Antaranya network, computer system, programming, security, IT biasa, multimedia, animation, gabungan business dan IT. Bidang ni meluas. Industri perbankan ada kami, apa2 industri alat teknologi ada kami, telekomunikasi ada kami, mana2 syarikat yg simpan data customer atau pekerja ada kami dan boleh dikatakan zaman moden ni, semua jenis aktiviti akan pakai kami. Cuma jawatan dan jenis kerja kami yg membezakan.

Smart IT programmer drawing information technology diagram

Mari sekilas briefing.

1) Computer network (rangkaian komputer). Langsung tak berkaitan dengan business. Setiap bangunan pejabat atau organisasi mesti ada komputer banyak-banyak kan? Computer network belajar uruskan laluan maklumat digital awak tu dari tingkat ke tingkat, bilik ke bilik dan segala jenis komponen wiring dari komputer induk kepada sambungan internet sampai la ke komputer akak abang sekalian. Kami lah yg plan dan bina keseluruhan sistem rangkaian tu ikut jenis yg sesuai. Alat-alat juga harga beribu dan puluh ribu. Melibatkan bermain dengan hardware dan software. Admin yg sekat komputer akak daripada layan Youtube dekat office tu bidang ni lah. Komputer induk (server) ni pula diletakkan banyak-banyak dalam bilik sejuk macam gudang di mana dekat sini lah data syarikat akak abang tersimpan. Confidential giler tempat ni. Yang ada pengetahuan top secret dan mother of access pada segala benda ni lah orangnya. Abang layan porno guna wifi syarikat pun kami tahu ye tu pun kalau kami rajin tengok lah. Kami juga boleh buat kerja secara remote. Contohnya nak install software dalam komputer atau nak buka akaun dari jauh pun boleh. Bidang ni ada sijil-sijilnya. Ada orang pernah perli, “Lah sijil vokasional ke ingatkan degree? Huhuhu” Bukan lah encik bijak. Certification tambahan yang diiktiraf tak termasuk dalam yuran kursus universiti. Nak duduk exam saja mencecah RM5000, sorang administrator boleh bergaji RM5k-50k atau lebih bergantung kepakaran dan company. Juga ada Network Engineer yg selalu on site. Orang network selalunya sempoi sangat pakai pun tak melebih dan meriah di office.

2) Software programming. Haa ini. Ramai yg sawan tak boleh catch up tapi ramai juga hebat. Kerjanya buat aplikasi komputer, mobile app dekat handphone, sistem operasi device korang. Ingat senang? Kami guna bahasa komputer. Salah ejaan satu je boleh dapat puluhan error dan tak boleh running sistem tu. Kadang semua dah betul pun error sebab tu ramai tension. Orang programming ni selalunya senyap tapi genius. Ramai student fail subjek programming. Macam mana yg susah sangat tu? Bukan taip taip je ke. Contoh analogi ye. Kalau kami nak buat orang A bergerak ke kiri bukan semudah gerakkan mouse. Tapi kena senaraikan dulu semua yg ada: orang A, tangan orang A, kaki kiri dan kanan orang A, lantai. Kemudian satu persatu – angkat kaki kiri, gerak kaki kiri ke kiri, letak kaki kiri orang A ke lantai dan seterusnya. Ye, kami mula dengan taip satu satu. Kalau tak hebat, lama-lama confuse sendiri dan gila di hujung corner. Juga ada sijil tambahan kalau nak.

3) Computer Security. “Lah belajar degree jadi guard je?” Hoi tampar kang. Dengan dunia moden yg makin banyak guna teknologi, mesti semua kalut pasal keselamatan. Takut data kad kredit kena curi, nak kawal pekerja mana yg boleh tengok fail sekian-sekian, nak protect sistem daripada kena attack atau hack. Ye di sini lah kemunculan kami ibarat ejen spy in training. Lupa nak log out lepas tu kena dajal dengan kawan tu bukan namanya hack ye anak anak. Bidang security ni perlu belajar semua aspek komputer supaya boleh buat kerja dengan berkesan. Network dia kena tahu, software lagi dia kena awesome. Orang security selalunya ada kecenderungan pada benda yg ala-ala ganas, pelik atau ketenteraan dari segi hobi, terpulang sama ada dia nak ikut yg jahat atau baik. Sorang kawan pernah komen “Kenapa aku tengok budak software cantik dan stylo, budak security muka pecah rumah”. Maafkan saya encik Conan, kami pecah bank bukan pecah rumah.

4) Multimedia dan animation. Tak, kami bukan jadi wartawan. Kami reka grafik, website, poster, iklan, design baju dan banner, printing, fotografi videografi dan benda yang melibatkan visual. Di TV, iklan, media sosial, perniagaan, buku. Memang kami melukis tapi bukan “lukis je kan”. Assignment kami banyaakkk, duit kami macam sungai mengalir, belum cerita design tak habis-habis kena reject dan tahan maki dari lecturer dan customer yg pelik-pelik. Silibus kami kurang teori sebab tu struggle buat kerja. Multimedia reka grafik dan video, animation pula reka karakter. Student multimedia dan animation antara student yg boleh belajar sambil buat duit masyuuk.

5) IT biasa. Lebih general. Belajar buat website, programming sikit, network sikit, semua la.

Apa salah anggap yg selalu berlaku?

1. Lampu rosak bukan tugas orang IT ye. Itu kerja building maintenance.

2. Mikrofon atau speaker tak betul takde kaitan dengan kami. Itu kerja PA System tapi biasanya kami ringan tulang membantu.

3. Mesin fotostat dan scan pejabat rosak, kami pun selalunya tak reti juga. Kami belajar buka komputer, bukan mesin macam tu. Tapi memandangkan melibatkan teknologi, yelah kami tolong tengok-tengokkan.

4. Bukan semua orang pandai hacking. Hacking bukan semudah type enter type enter.

5. Graduan IT selalu menganggur. Dah hang belajar IT tapi Google Drive pun tak tahu guna memang la! Cloud storage pun tak tahu apa, presentation Powerpoint pun noob. Lepas tu tak nak pergi seminar atau convention tingkatkan diri. Hang tau datang kampus pakai cantik je. Mereka ambil mudah pada course mereka sendiri sebab mereka ingat bila kerja nanti key in data dalam komputer je. Salah sama sekali. Kami bidang teknikal mesti lah kena ada pengetahuan kemahiran bukan sekadar personaliti.

Apa lagi? Ye bidang-bidang IT ada matematik. Gaji bidang IT boleh mencecah berbelas dan puluh ribu bergantung pada bidang, jawatan dan kemahiran. Daripada serendah gaji sampai lah tinggi. Kami ada engineer, kami juga ada helpdesk, executive biasa, kami juga ada manager atau CIO (chief information officer). Dah. Bidang kami luas untuk diletakkan dalam satu stereotype. Ibarat bidang business, ada barang mainan, ada jual kereta, ada jual servis. Setiap satu berbeza.

sumber iium confession