5 Tanda Anda Menolak Tawaran Kerja Secara Tidak Sengaja

0

5 Tanda Anda Menolak Tawaran Kerja Secara Tidak Sengaja

Jika anda telah bersedia untuk temuduga, anda semestinya sudah sedia tahu perkara-perkara asas yang perlu dan tidak perlu dilakukan. Antaranya membawa beberapa salinan resume, jangan memburukan majikan lama kita, tiba tepat pada masanya dan sebagainya. Tetapi masih ramai lagi pencari kerja yang melakukan perkara-perkara tersebut dan kadang kala melakukannya tanpa sedar yang mereka telah menyebabkan penemuduga membuat keputusan lebih awal untuk tidak mengambil anda.

Berikut adalah lima cara yang anda lakukan menyebabkan penemuduga menolak anda tanpa anda sedari.

1. Eyes Contact

Hanya melihat atau berkomunikasi dengan salah seorang penemuduga anda Jika anda menjalani temuduga dengan lebih dari seorang penemuduga dalam satu masa, penting unduk anda memastikan anda melihat dan berkomunikasi dengan mereka semua.

Kadang kala calon akan berkomunikasi dengan orang yang mereka percaya penting dalam ruang tersebut, ini adalah tindakan yang tidak sopan (kadangkala mereka salah mengenai siapa yang membuat keputusan). Pastikan anda berkomunikasi dengan semua penemuduga anda, supaya anda tidak kelihatan seperti seseorang yang mengambil ringan mengenai pekerjaan tersebut.

2.Terlalu Formal

Bersifat terlalu formal sehingga penemuduga tidak dapat mengenali anda. Kadangkala kita terlalu gementar semasa temuduga dan hanya memikirkan untuk mengikut segala etika yang sepaptutnya sehingga mengabaikan personaliti diri kita yang sebenar. Anda tidak perlu melayan penemuduga seperti bercakap bersama kawan anda tetapi juga tidak terlalu formal, hanya perlu tenang dan berkomunikasi dengan lancar yang menunjukkan siapa sebenarnya diri anda.

3. Tipu Kelemahan Diri

Menawarkan kelemahan yang palsu. Kini penemuduga semakin beralih untuk menanyakan “terangkan kelebihan dan kelemahan anda” kerana calon menolak untuk menjawab dengan jujur.  Tetapi penemuduga yang bijak akan mencari kelemahan anda dengan cara bertanyakan soalan seperti “apakah maklum balas kemajuan diri anda” atau “apakah yang anda cuba untuk tingkatkan dalam diri anda”.

Banyak calon yang menjawab hanya untuk menunjukkan mereka bagus, seperti  “saya seorang yang sangat sempurna” atau “saya mempunyai masalah untuk tidak membawa pulang kerja saya”. Semua jwapan ini tidak menarik langsung pada pandangan pengurus anda (kesempurnaan akan menjadi suatu punca pembaziran dan membawa pulang kerja hanya akan menjadikan anda letih).  Bersikap jujur dengan kelebihan dan kelemahan anda adalah cara yang terbaik.

4. Menjual Diri Anda

Menukarkan sesi pertanyaan soalan anda kepada sesi menceritakan mengenai diri anda. Apabila penemuduga anda menanyakan anda samada anda mempunyai soalan atau tidak, disini kita perlu bertindak bijak dengan menanyakan soalan mengenai syarikat atau kerja yang ditawarkan supaya anda lebih bersedia untuk memikirkan bahawa kerja tersebut benar-benar sesuai  untuk anda. Sebahagian calon mengambil masa ini untuk menjual diri mereka.

Sebagai contoh, penemuduga memberitahu mengenai suasana pekerjaan dan bagaimana perkerja sentiansa bekerjasama, tetapi anda pula memberitahu mengenai diri anda dengan sangat panjang dan menceritakan pencapaian-pencapaian anda yang anda kecapi selama ini.

5. Tidak Peka

Tidak memberikan perhatian kepada insyarat penemuduga anda. Penemuduga anda mungkin akan memberikan beberapa insyarat jika anda dapat memberikan perhatian. Kadangkala insyarat yang deberikat sanagat jelas, seperti jika penemuduga memberitahu pada permulaan bahawa mereka diperuntukan masa yang berapa lama dan berapa banyak soalan yang diberikan.

Atau dengan cara yang tidak anda perasan seperti penemuduga seoalah-olah berminat dengan perbualan anda (disini anda berada di landasan yng betul dengan jawapan anda) berbanding dengan penemuduga yang kelihatan bosan (disini anda perlu berhati-hati dan bersedia untuk mengakhiri temuduga anda). Dengan memberikan sepenuh perhatian kepada penemuduga anda, mungkin anda akan mendapat keputusan yang lebih baik dan dapat berkomunikasi dengan baik.

 

5 Tanda Anda Menolak Tawaran Kerja Secara Tidak Sengaja

Sumber usnews