7 Tanda Latihan Industri Tidak Akan Menjadi Kerja Tetap Anda

0

Dilema yang biasa dilalui oleh pelajar ketika latihan industri ialah sama ada mereka diambil sebagai pekerja tetap ataupn tidak. Oleh kerana tiada kepastian, pelajar perlu memerhatikan tanda-tanda yang mungkin dihadapi mereka.

Berikut adalah tanda-tanda awal yang dapat dilihat bagi memastikan anda bakal diambil sebagai pekerja tetap atau tidak.

1.Kurang berminat

Jika anda tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap kerja yang anda lakukan, ia tidak mengambil banyak masa untuk pengurus membuat keputusan.  Anda perlu menunjukkan betapa anda berminat terhadap kerja yang diberikan dan jangan sekali-sekali merungut. Kebiasaanya sesebuah syarikat akan mencari pekerja yang berminat untuk bekerja dengan mereka dan sanggup bekerja keras serta bercita-cita tinggi.

 

2.Bertanggungjawab

Jika anda perhatikan, selama anda bekerja, tidak banyak tanggungjawab atau tugas yang diberikan serta tugas yang diberikan juga tidak semakin bertambah, ia merupakan tanda yang perlu anda waspada. Kebiasaanya syarikat akan melatih pelajar yang menjalankan latihan industri dalam pelbagai sektor yang berbeza supaya anda faham mengenai selok-belok syarikat dan memberi peluang untuk pelajar mengukuhkan kedudukan mereka dalam sesebuah syarikat.

 

3.Perkenalan kepada orang lain

Jika majikan anda tidak memperkenalkan anda kepada pelangan syarikat anda atau pegawai-pegawai penting maka itu satu petanda tidak baik, kerana majikan anda belum mempertimbangkan anda untuk bekerja tetap.

 

4.Pengajaran dan pembelajaran

Antara tanda yang boleh dilihat ialah jika penyelia anda tidak menyumbangkan masa mereka untuk mengajar anda pada benda-benda baru dalam syarikat tersebut. Ii membuktikan bahwa penyelia anda tidak berminat atau sudah membuat keputusan sama ada untuk mengambil anda atau tidak.

 

5.Kehadiran dalam mesyuarat

Pelajar yang sedang dalam latihan industri tidak sentiasa dijemput untuk mesyuarat penting bagi menyuarakan pendapat mereka kerana mereka masih belum mempunyai kecekapan dalamperkara yang akan dibincangkan. Ia tidak membimbangkan tetapi jika pelajar lainyang menjalani latihan industri bersama anda dipanggil untuk turut serta dalam mesyuarat maka ia menunjukkan anda bukan pilihan syarikat tersebut.

 

6.Prestasi

Apabila penyelia anda sentiasa memeriksa kerja anda dan membuat penerangan berulangkali maka ia merupakan tanda bahawa tugasan yang diberikan kepada anda tidak mencapai jangkaan mereka.

 

7.Mengelak topik mengenai pekerjaan sepenuh masa

Setiap kali anda bertanya kepada penyelia anda  sama ada anda bakal diserap menjadi pekerja tetap atau tidak pasti penyelia anda mengelak untuk membincangkan topik berkenaan. Penyelia anda juga mungkin akan mengubah tajuk perbincangan anda.

 

 

Sumber dhakatribute