Apakah Yang Anda Akan Lakukan Jika Anda Dipecat Esok? Cara Untuk Menyiapkan Diri Untuk Situasi Yang Tidak Diduga

0

Dalam suasana pekerjaan pada masa kini, tidak hairanlah untuk kita diberhentikan tanpa sebab . Menurut seorang pakar kerjaya Vicki Salemi, anda sentiasa perlu bersedia untuk menghadapai perkara terburuk yang mungkin berlaku dan kita perlu menghadapinya dengan cara yang proaktif dan bermakna.

Beliau juga berkata, ia merupakan langkah yang bijak untuk menjangkakan pemberhentian walaupun kita yakin kita tidak akan diberhentikan  tanpa sebab.  Syarikat anda boleh mendapatkan pengganti dengan sekelip mata sahaja dan kedudukan kita boleh diganti dengan sesuka hati.

Jadi, jangan menunggu untuk perkara ini terjadi, Sediakan diri anda hari ini untuk kesenangan kita pada hari esok. Mari kita lihat langkah yang perlu kita lakukan.

1. Kemaskini Resume Anda

Sebahagian besar daripada kita tidak mengemaskini resume kita sehingga benar-benar perlu atau kita beranggapan kita sudah mempunyai kerjaya maka kita sudah tidak perlu lagi mengemaskini resume. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah membuat penambahan sedikit demi. Sebagai contoh, katakan anda menerajui sebuah projek baru di tempat kerja anda dan mendapat pengiktirafan. Tambahahkan pencapaian yang telah anda perolehi kedalam resume anda. Dengan ini anda tidak perlu risau kerana anda sudah pun mengemaskini resume anda.

2. Meningkatkan Kemahiran Diri Anda

Peluang yang mana anda boleh meyingkirkan kelemahan atau memperbaiki kelemahan adalah sesuatu yang menguntungkan dari segi masa dan wang ringgit. Katakan, anda bukan seorang yang bagus dalam temuduga, jangan menunggu sehingga anda ditemuduga untuk meningkatkan kemahiran anda tetapi dapatkan bimbingan dan belajar cara temuduga yang berkesan yang akan menjadikan anda seorang yang sangat bagus semasa ditemuduga.

3. Sentiasa Peka Dengan Notifikasi Mencari Kerja Dalam Talian

Sentiasa membuat pemantauan mengenai peluang pekerjaan yang ada dan bersesuaian dengan anda.  Daftarlah dengan mana-mana portal kerja secara atas talian seperti Career Centre dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah membuat penyemakan pada email anda jawatan kosong yang bersesuaian dengan anda.

4. Memperluasakan Rangkaian Kenalan Anda

Mendekati kenalan di tempat kerja melalui media sosial dan behubung secara berhadapan jika ada peluang. Mula bercampur denagan orang baharu di sekeliling anda dan keluarlah dari persekitaran syarikat anda agar anda dapat melihat dunia dengan lebih luas lagi.

5. Sentiasa Membuat Perjumpaan Dengan Orang

Berikut adalah perkara buruk yang akan berlaku kepada anda jika anda diberhentikan, iaitu mengoyahkan harga diri anda. Jika anda menunggu dan berasa perlu untuk mengambil masa mencari pekerjaan lain selepas diberhentikan, anda akan berasa gugup, terdesak dan anda akan menunjukkan yang anda amat memerlukan pekerjaan tersebut. Cara terbaik untuk megatasinya adalah dengan bergaul dengan orang ramai, sentiasa berjumpa dan berbual bagi memastikan anda kelihatan tenang dan yang pasti lebihyakin semasa mencari pekerjaan baru.

6. Tahu Nilai Anda

Jurang gaji yang akan wujud adalah benar terutama bagi seseorang yang baru memulakan kerja. Kita perlu bijak dan cuba bertanya kepada rakan-rakan anggaran gaji yang akan diberikan kepada kita dalam bidang tersebut.

7. Tahu Bajet Anda

Sentiasa tahu bajet kita dan buatlah perancangan perbelanjaan. Simpanan perlulah mencukupi dan pastikan kita tidak berbelanja melebihi kemampuan kita agar kita dapat membuat simpanan untuk digunakan pada masa yang sukar kelak.

 

sumber glamour