Bagaimana Memilih Kerja Yang Salah Mempengaruhi Anda

0

Bagaimana memilih kerja yang salah mempengaruhi anda? Mungkin anda pernah bekerja sambilan sebelum ini, dan kini anda ingin menginginkan kerja sepenuh masa yang tetap. Atau mungkin anda tidak dapat untuk mencari pekerjaan langsung. Sememangnya penting untuk anda fikirkan masa depan tetapi penting juga untuk anda membuat pemilihan kerja yang sesuai dengan kita. Memilih kerja yang tepat dapat membantu anda membuka lebih banyak pintu dari segi kewangan dan juga dari segi karier anda.

Mari kita lihat empat akibat daripada kesalahan memilih kerja.

1.Kewangan

Kadangkala anda perlu mengambil pekerjaan tersebut dengan alasan untuk melangsaikan segala bil dan keperluan seharian, tetapi  penting untuk anda mempertimbangkan samada pekerjaan tersebut benar-benar sesuai untuk anda. Kadangkala terdapat majikan yang membuat pemotongan gaji. Apabila anda merasakan anda perlu berhenti selepas gaji anda dipotong, ini menunjukkan anda sedang mencari kepuasan kerja, ingin membuka perniagaan anda sendiri,atau anda mahukan pekerjaan yang lebih baik.

Tetapi jika anda menerima sahaja pemotongan gaji anda (atau menerima pekerjaan yang gajinya lebih rendah daripada yang anda mahukan), hal ini mungkin akan mempengaruhi gaji anda pada masa hadapan.

2.Kerjaya

Jika anda megambil pekerjaan yang salah, ia boleh menjejaskan kerjaya anda. Bakal majikan anda pada masa akan datang akan melihat resume anda, dan jika pekerjaan anda tidak berkaitan, ini akan menjejaskan kerjaya anda pada masa hadapan.  Walaupun pada asalnya anda mengambil pekerjaan tersebut kerana ia kelihatan sejajar dengan bidang anda, tetapi jika anda benci dengan syarikat tersebuat atau benci kepada pekerjaan tersebut, anda akan kehilangan minat dalam bidang anda.

Anda juga mungkin terlepas peluang pekerjaan yang sesuai dengan anda oleh kerana anda sudah bekerja dalam bidang yang bukan anda minati.

3.Ganguan Emosi

Mengambil pekerjaan yang salah akan mengganggu emosi anda. Agak susah untuk menentukan suasana kerja di syarikat tersebut melalui temuduga. Pastikan anda membuat kaji selidik mengenai syarikat tersebut untuk memastikan suasan pekerjaan disana sesuai dengan anda. Anda boleh bertanya kepada penemuduga mengenai suasana pekerjaan disana.

4.Hubungan

Jika anda mengambil pekerjasan yang dirasakan tidak sesuai oleh pasangan anda, mungkin akan berlaku perselisihan dalam hubungan anda.Cuba untuk pertimbangkan pendapat yang pasangan anda katakan. Penting untuk kita pertimbangkan bagaimana jika kita memilih pekerjaan tersebut akan memberi kesan terhadap hubungan anda. Jika anda terpaksa berpindah, anda akan merindukan rakan-rakan anda dan yang paling penting keluarga anda.

 

Sumber cheatsheet