Bagaimana Nak Kagumkan Orang Dalam 60 Saat?

0

Kerana first impression sentiasa diambil kira dan akan bertahan dalam ingatan seseorang.

Ada bos baru yang nak datang? Atau nak pergi interview? Atau nak pergi jumpa client baru? Satu-satunya masalah kita adalah bagaimana nak memulakan perbualan betul tak?

Jika berkenalan atau berbual dengan seseorang yang baru bukan kemahiran kita, kebiasaanya kita akan merasa bimbang dan resah. Tapi jangan risau, perkara tersebut berlaku kepada kebanyakan kita.  Tidak kira siapa pun, kita mesti berfikir mengenai impression yang perlu kita lontarkan agar pihak kedua atau ketiga berasa selesa dan kagum dengan kita. So macam mana nak kagumkan orang dalam masa yang singkat?

1.Tepati masa

Kita bercakap dalam masa 60 saat kan? Okay, impression orang terhadap kita akan bermula apabila kita tiba atau kita tak pun muncul. Semua suka bila kita tepati masa, dan ianya adalah suatu yang profesional. Tetapi jika kita lewat kerana sebab yang tidak dapat dielakkan, terlebih dahulu inform mereka. Ia memberikan impression bahawa anda adalah orang yang boleh diharap.

 

2.Pakai pakaian yang sesuai

Jika tiba tepat adalah impression pada 0 saat, berikutnya adalah bagaimana orang melihat kita adakah memenuhi kriteria yang membolehkan mereka berasa kagum dengan kita. Jean Baur, seorang jurulatih kerja dan penulis  buku The Essential Job Interview Handbook berkata, seseorang hanya memerlukan 3 saat sahaja untuk menentukan sama ada mereka suka dengan kita atau pun tidak. Ia mengenai pakaian kita, rambut kita, pemakaian barang kemas, kuku dan juga postur kita.

 

3.Senyum

Melontarkan senyuman akan menjadikan anda kelihatan sangat berbeza terhadap seseorang yang anda temui. Ia bersifat menenagkan, mesra,  yang membuatkan anda selesa apabila bersama.

 

4.Buat eye contact

Ia menunjukkan bahawa anda yakin, dan jika pihak lain sedang bercakap ia menunjukkan anda berminat untuk mendengar. Ingat body language  boleh menunjukkan siapa sebenarnya diri anda.

 

5.Beri pujian yang ikhlas

Jika kita benar-benar ikhlas untuk memberikan pujian pihak mereka akan berasa selesa dan semestinya gembira. Orang mungkin tidak sentiasa ingat dengan apa yang kita katakan tetapi mereka akan ingat apa yang membuatkan mereka selesa bila bersama kita.  Ingat bahawa mereka boleh mengenal pasti mana yang betul dan mana yang palsu.

 

 

Sumber : femalemag