Cara Follow Up Permohonan Kerja Tanpa Kelihatan Desperate

0

Dah hampir 2 minggu kita buat permohonan kerja tapi masih tak dapat pun call dari company tersebut. So apa yang perlu kita buat? Kita semestinya ingin tahu status permohonan kerja kita kan. Sama ada diterima atau pun tidak.

Kita mesti rasa menyampah bila kita menjawab telefon dan mereka katakan anda tidak sesuai dengan jawatan tersebut atau lebih mudah penolakan. Kita dah pun bersusah payah untuk membuat permohonan, untuk mengubah resume supaya sesuai dengan kehendak mereka. Bila kita dah menepati semua kriteria tapi kenapa mereka tak pun memaklumkan kepada kita keputusan ynag mereka telah buat.

So bila kita rasa macam ni kenapa tak buat follow up? Mungkin sebab ego kita atau mungkin kita risau atau takut ditolak. Jom kita tengok bagaimana cara untuk kita buat follow up tanpa kelihatan terdesak dimata mereka.

1)Memahami keutamaan mereka

Ingat walaupun permohonan kita adalah keutamaan kita membuat panggilan, bagi mereka yang membuat pilihan pula, permohonan kita adalah salah satu permohonan yang perlu ditapis dari berpuluh atau beratus permohonan. Untuk membuat pemilihan pula mungkin bukan hanya tugas yang digalas mereka (terutama jika mereka yang membuat pemilihan bukan recruiter  tetapi hiring manager).

2)Tahu apa nak cakap

Sedikan apa yang nak kita katakan supaya tidak membazir masa. Sentiasa yakin dengan apa yang anda nak katakan. Kenalkan diri kita, beritahu position apa yang kita mohon dan cakap kita menelefon untuk membuat follow up untuk mengetahui adakah kita dipertimbangkan untuk jawatan tersebut.

3)Senyum

Walaupun mereka  tak nampak, suara kita akan menjadi lebih menarik, santai dan mesra jika kita tersenyum.

4)Berdiri ketika bercakap

Bila kita berdiri suara kita akan kedengaran lebih yakin!

5)Jangan telefon jika dalam suasana bising

Jika kita berada di luar dengan keadaan yang bising atau dirumah dengan suara adik menangis, itu tidak kelihatan profesional. Cari tempat yang mempunyai suasana yang senyap agar perbualan kita lebih tenang dan lancar.

6)Memahami mungkin mereka kesuntukan masa

Ringkaskan perbualan kita. Tanya jika mereka mempunyai masa untuk menilai semula permohonan kita dan jika tidak tanya juga sama ada okay untuk berhubung semula pada masa yang sesuai.

7)Jika mereka tidak berminat

Berterima kasih kepada mereka kerana memberikan masa dan telah mempertimbangkan permohonan kita.  Katakan juga kelebihan kita untuk jawatan tersebut. Mereka akan inagt nama kita untuk masa akan datang dan mungkin ada peluang lain yang mereka akan berikan untuk kita.

8)Telefon semula jika perlu

Jika mereka katakan ingin menelefon semula tetapi tiada dalam tempoh seminggu atau lebih, cuba untuk menelefon semula. Mungkin spesifikasi jawatan etrsebut berubah, atau sudah ada yang memenuhi jawatan tersebut, atau pegawai bertugas bercuti.

 

Sumber : huffingtonpost