First Day Kerja? Elak Lakukan 5 Perkara Ini

0

Dah berapa banyak “first day” kita lalui? Tapi masih lagi gementar. Jika anda dapat pekerjaan baru, jom tengok apa yang boleh kita buat pada “first day” kita. Hari pertama bekerjaan memang sangat menggelisahkan. Macam-macam rasa mula muncul padahal tak ada apa pun yang berlaku. Dari first day sekolah sampai lah first day di tempat kerja lagi-lagi untuk first job kita.

1)Menunjukkan anda tahu segalanya

Memang  lah anda diambil kerja kerana pengetahuan, pengalaman dan kebolehan kita tapi tak semestinya kita kena tunjuk pada first day kita kan. Walaupun kita tahu tapi kita perlu mengetahui cara bagaimana syarikat tersebut beroperasi.

 

2)Bawa lunch dari rumah

Perkara ni nampak macam remeh tapi jangan dilakukan. Mungkin team anda ingin membawa anda makan diluar untuk berkenalan dan lebih memahami antara satu sama lain. Jangan menunjukkan first impression yang buruk dengan mengatakan anda seorang antisocial. Walaupun lunch diluar bukan dibiayai oleh syarikat tapi ambil peluang ini untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

 

3)Tidak bertanya soalan

Hari first nila nak tunjuk betapa baiknya kita so perkara penting yang perlu kita buat ialah  dengan mendengar dan bertanya soalan. Jangan malu untuk mengambil nota. Sebaik sahaja tasak pertama sampai di tempat anda jika anda tidak faham, bertanya adalah jalanya. Jangan takut, tapi takutlah untuk membuat kesilapan.

 

4)Terlalu bersemangat

Jangan terburu-buru untuk menaikkan reputasi anda. First day kan so buat macam first day. Tidak mengapa kalau tak sama seperti yang lain. Walaupun kita pada peringkat yang sama, jangan terburu-buru, perhatikan sekeliling dan buat diri kita biasa dengan keadaan sekeliling.

 

5)Tidak memerhatikan budaya syarikat

Sekali lagi ingin ditekankan perhatikan sekeliling anda, kerana ianya amat penting untuk anda lakukan pada hari pertama anda. Adakah mereka mendengar lagu ketika bekerja? Adakah mereka membawa laptop ketika bermesyuarat? Jangan buatkan diri anda terlalu selesa. Perhatikan pekerja-pekerja disana kerana setiap tempat kerja mempunyai peraturan yang tersendiri.

 

 

Sumber : siliconrepublic