Kantoi Dengan Bos Cari Kerja Baru? Apa Nak Buat Ni?

0

Mungkin rakan sekerja anda yang memberitahu bos anda atau penemuduga ada bau-bau bacang dengan bos anda atau tertinggal resume kat printer office. Walaupun pelbagai usaha anda telah lakukan untuk menyembunyikan dari bos anda tapi akhirnya dia tahu juga. Bayangkan anda berada didalam bilik berdua bersama bos anda dan apabila bos anda membuka mulut bertanya “So, saya dengar awak tengah cari kerja baru? Betul ke?”

Jangan panic..! (Walaupun memang panic sangat-sangat) Berikut adalah perkara yang anda perlu lakukan.

1) Berlaku Jujur Dan Mengaku

Perkara terakhir yang kita semua akan lakukan jika tertangkap adalah menidakkan apa yang kita lakukan. Jangan buat macam tu. Berterus terang dengan memberi alasan mengapa anda mencari pekerjaan baru. Jika anda ingin berhenti kerana lokasi katakan, dan jika anda ingin berhenti kerana ingin mengembangkan kerjaya anda katakan pada bos anda. Asalkan sebab kita mencari pekerjaan baru adalah positif dan tidak menuding jari ke arah bos sebagi alasan untuk berhenti, beliau akan memahaminya adan menyokong keputusan anda.

2) Terangkan Sebab Anda

Jika anda ingin beralih arah ke kerjaya yang berlainan, kongsikan dengan bos anda. Katakan bahawa sebab anda ingin bertukar kerja bukan kerana bos anda tetapi kerana diri anda yang ingin beralih arah ke bidang yang lain. Hal ini pastinya akan membuatkan bos anda lembut hati. Jika sebab anda adalah kerana masalah yang anda hadapi dalam department anda katakan pada bos anda.

3) Yakinkan Mereka Anda Masih Lakukan Yang Terbaik

Apa yang bos anda risaukan adalah apabila anda bakal meninggalkan position anda tetapi tiada pengganti yang bakal menggantikan anda. Fokus anda juga akan sedikit beralih apabila sekejap anda fikirkan kerja baru anda, sekejap anda fikirkan kerja anda sekarang. Tunjukkan komitmen anda adalah perkara yang terbaik anda perlu lakukan.

4) Berterima Kasih Kerana Memahami

Berharap agar bos anda  mengambil pendekatan yang profesional dengan memahami sebab dan masalah yang anda hadapi dan anda masih lagi komited dengan kerja anda. Jika begitu berterima kasih pada beliau! Ini menunjukkan penghargaan yang membantu anda mengekalkan hubungan yang baik dengan bos anda pada masa hadapan.

 

Sumber : businessinsider