Kerja Pertama? 5 Perkara Yang Perlu Kita Tahu

0

Shyafika Arina yang sudah sebulan bekerja bersama CLEO digital, menulis dalam artikelnya  tentang pengalaman kerja pertama sepanjang bersama CLEO. Gadis yang mendapatkan pendidikan di Rusia ini sangat gemar untuk mencuba pelbagai perkara baru ditambah sikap ibu bapanya yang sangat supportive menjadikan beliau semakin bersemangat.

Dia memulakan langkah pertamanya di CLEO Magazine sebagai seorang intern, menceritakan pengalaman pertamanya bekerja di CLEO Magazine menulis tentang perkara yang dia harap dia tahu sebelum memulakan langkah pertama ke alam kerjaya..

1.Pengurusan masa itu adalah suatu skil.

Membahagikan masa diantara kerja dan kehidupan peribadi amatlah penting. Seiring masa berlalu, anda pasti dapat menyesuaikan diri dan belajar untuk mengimbangi masa untuk kerjaya dan diri sendiri. Rancanglah jadual anda dan buatkan kelendar untuk diri sendiri,gunakan kemudahan apps yang ada untuk membantu anda. Sediakan nota-nota kecil sebagai teman peringatan anda.

2.Tidur hanyalah untuk si lemah

Pelbagai memes yang dikongsi dalam media sosial menceritakan realiti kehidupan bekerja. Apabila anda telah memasuki alam pekerjaan terutamnya bekerja bersama digital yang tidak kenal erti tidur menjadikan hubungan anda dengan kamar tidur semakin dingin apatah lagi dalam masa yang sama, perhatian perlu diberi kepada yang tersayang supaya tidak terabai. Thank goodness adanya hujung minggu yang dapat diluangkan bersama keluarga dan katil anda!

3.Bukan Kita Seorang!

Saya selalu merasa sangat tidak selesa apabila jalan penyelasaian masalah yang tinggal hanyalah dengan bertanya kepada orang lain. Bagi saya, seseorang itu mestilah bertindak dan berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Hakikatnya, semua itu merupakan pengalaman yang pasti akan ditempuhi setiap orang. Apa yang penting adalah bagaimana anda menjalankan sendiri  tugasan itu dan bukan perancangan di atas kertas semata!

4.Semakin ‘leceh’ sesuatu tugasan, semakin tinggi kemungkinan untuk merosakkannya

Bekerja dalam bidang seperti saya ini, adakalanya sesuatu tugasan itu  memerlukan perhatian yang teliti yang kadangkala dianggap melecehkan untuk memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan dengan sempurna. Menulis menuntut masa untuk menjadikan hasil penulisan itu lebih berkualiti dan semakin teliti sesuatu penulisan itu- semakin penting ianya. Hanya kerana sesuatu  tugasan yang diberikan kelihatan mudah, anda tidak boleh memandang enteng atau berbuat ala kadar kerana hasil kerja kita hari ini mampu memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang.

5.Buat rutin dan amalkan

Perubahan dari status pelajar yang memang tiada rutin harian tetap kepada bekerjaya memang amat mencabar. Bagi sesetengah orang, melakukan tugasan pada saat-saat akhir atau last-minute plan lebih membuahkan hasil berbanding mengikut perancangan. Namun, itu adalah tidak sepatutnya dalam dunia kerjaya. Adanya rutin yang teratur bukan sahaja menyenangkan anda melakukan tugasan penting  bahkan ianya membatu anda dari segi gaya hidup yang lebih sihat dan meningkatkan produktiviti diri anda.

 

 

sumber cleo