Office Berbau Ayam Goreng Kalau Guna Lilin Ini

0

Siapa yang tak suka ayam goreng di Malayisa, Upin Ipin pun suka, Tak kisah la dari peringkat umur kanak-kanak hingga ke warga emas semua meminati ayam goreng.

Lagi-lagi waktu petang di pejabat, dengan penghawa dingin yang sejuk kalau dapat ayam goreng mesti best kan. Ayam goreng Uncle Bob yang crunchy! Kriuk kriuk bila digigit. Baunya yang enak. Memang sedap punya la!

Tiada apa yang berbau enak selain bau ayam goreng. Kita selalu dengar mengenai lilin wangian beraroma ros, lavender ataupun jasmine tetapi kini pihak KFC di New Zealand telah pun melancarkan lilin wangian edisi terhad  beraroma ayam goreng KFC!

Pelanggan yang bertuah boleh memenangi lilin tersebut dengan mengikuti sosial media KFC di New Zealand.

Peminat mencadangkan syarikat KFC membuat produk lain dan pemenangnya ialah lilin beraroma ayam goreng KFC. Terdapat juga peminat yang mencadangkan  wangian tandas beraroma KFC dan lain-lain lagi.

Bayangkan kalau office anda berbau ayam goreng sepanjang masa. Lepas ni kat Malaysia boleh la buat penyegar udara berperisa ayam goreng KFC .

 

sumber wrdb