Ok ke Syarikat Ni? 6 Tanda Boleh Dilihat Semasa Interview

0

Mudah bagi kita untuk tidak memikirkan interview kerja sebagai satu proses penilaian untuk diri kita, tetapi interview kerja juga memberikan kita peluang untuk kita menilai syarikat dan pekerja disana. Jom kita lihat tanda-tanda amaran yang perlu kita tahu untuk interview seterusnya agar kita boleh lebih bersiap sedia.

Selalunya kita melihat tanda-tanda yang menunjukan syarikat tersebut sesuai dengan kita tetapi sekarang kita nak lihat pula tanda-tanda yang menunjukkan syarikat itu tak sesuai untuk kita.

1) Kadar Perolehan (Turnover Rate)

Kadar perolehan ialah peratus pekerja dalam sesebuah organisasi yang berhenti dalam suatu jangka masa. Jika kadar perolehan tinggi, ini bermakna persekitaran pekerjaan agak sukar dan sistem pengurusan yang lemah. Semasa interview, tidak salah jika kita bertanya pada penemuduga sudah berapa lama mereka bekerja disana. Jika kurang dari setahun, itu adalah tanda yang tidak baik.

2) Perhatikan sikap pekerja

Jika pekerja yang menemuduga anda tidak mengatakan sesuatu yang baik mengenai syarikat ketika interview, ini juga adalah petanda yang kurang baik. Kadangkala penemuduga tidak jujur, oleh itu baca bahasa tubuh mereka atau pekerja lain disana.

3) Penggunaan bahasa “eksklusif”

Jika penemuduga  menggunakan bahasa yang sukar difahami atau “eksklusif” untuk menjadikan syarikat, pekerja dan jawatan yang ditawarkan menarik, mereka mungkin ingin menyembunyikan sesuatu dari kita. Lebih teruk lagi mereka bukan orang yang kita nak bekerja bersama.

4) Terlebih “jual”

Kadangkala semasa interview, penemuduga inginkan calon yang cemerlang dan seperti ingin menjual jawatan kepada anda. Cuba untuk mengorek dengan lebih mendalam sebab mengapa mereka lakukan sedemikian. Bahkan syarikat-syarikat besar dan jawatan-jawatan yang  bagus mempunyai cabaran tersendiri yang mereka boleh kongsikan kepada anda.

5) Pembangunan kerjaya yang kurang jelas

Manager department untuk jawatan anda sepatutnya dapat menerangkan kepada anda pembangunan kerjaya untuk anda. Jika bakal manager anda boleh menerangkan mengenai  peranan anda dalam department tersebut, ia adalah petanda yang baik.

6) Meminta Duit

Anda mungkin akan berjumpa dengan syarikat yang kecil atau baru dibuka, tetapi jika semasa interview, mereka meminta duit kepada anda untuk menjalankan training atau untuk perkara-perkara lain, anda perlu berhati-hati. Cepat-cepatlah anda menjauhi syarikat seperti ini.

 

sumber lifehacker