Pekerja Google Berumur 23 Tahun Tinggal di Tempat Letak Kereta Untuk Jimat Perbelanjaan

0

Seorang pekerja Google yang berusia 23 tahun tinggal di dalam sebuah trak di tempat letak kereta  dan berjaya menjimatkan 90% daripada perbelanjaannya.

Apabila Brandon yang berasal dari Massachusetts berhijrah ke Bay Area pada pertengahan Mei untuk memulakan kerjayanya sebagai jurutera perisian di Google. Beliau memilih untuk tidak menetap di sebuah flat di San Franciso kerana terlalu mahal dan memilih untuk menetap didalam sebuah trak yang berukuran 128 kaki persegi.

google-van

Pada mulanya Brandon menjalankan latihan industrinya di Google pada musim panas yang lalu dan tinggal di sebuah rumah yang paling murah, yang mana terdapat dua bilik tidur dan beliau tinggal untuk empat orang.  Sewa yang perlu dibayar dianggarkan $65/malam (kira-kira $2000/bulan).

“Saya sedar saya telah membayar sejumlah wang yang terlalu banyak untuk penginapan, dan saya hampir tidak pernah tinggal di rumah” katanya.  Oleh kerana beliau tahu belaiu akan diambil kerja sepenuh masa di Google, beliau telah membeli  16 kaki 2006 Ford dengan 157,000 batu padanya.

Beliau mengeluarkan kos sebanyak $10,000 yang mana beliau telah dibayar dengan pendahuluan bonus dan pada 21 Oktober yang lalu, projek beliau telah pun mencapai titik pulang modal. Kos tetap yang ditanggung beliau ialah insurans trak iaitu $121/bulan. Beliau tidak menggunakan elektrik dan bil telefon dikendalikan oleh Google.

inside-van

Beliau berkata bahawa beliau tidak memiliki apa-apa yang perlu menggunakan elektrik. Beliau menggunakan lampu yang boleh dicas semula dan semua barangan elektronik beliau akan dicas di pejabat.

Didalam trak tersebut hanya terdapat katil, almari dan tempat menggantung baju. Beliau akan makan di  tempat kerja dan mandi di gimnasium korporat selepas bersenam. Beliau mempunyai $22,434 pinjaman pembelajaran dan telah pun  membayar $16,449 daripada keseluruhan pinjamannya.

 

 

Sumber independent