3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja

0

Sikap untuk seseorang yang sering bertukar kerja amat sukar dihentikan tetapi tidak mustahil jika anda terus mencuba. Mari kita lihat langkah-langkah yang boleh diambil untuk memberhentikan kitaran ini.

1.Berhenti Bertanggapan Buruk, Mulakan Perancangan

Untuk pecahkan kitaran ini, anda perlu mula untuk berhenti bertanggapan buruk atau memberi reaksi terhadap sesuatau yang terjadi.  Seperti dalam artikel sebelum ini kita telah membincangkan punca sering bertukar kerja, salah satu puncanya ialah membuat keputusan tergesa-gesa. Berhenti melakukannya!

Ambil masa anda untuk menilai dan membuat keputusan dengan bijak. Fikirkan bagaimana anda bersusah untuk mendapatkan kerja tersebut. Katakan pada diri anda bahawa anda boleh mengharunginya dan cari kelebihan diri anda untuk megatsi masalah yang mendatang.  Jika anda stress, ambil masa untuk tenangkan fikiran anda.

2.Ambil Kesempatan Dimana Anda Berada

Semasa anda menjalani proses menilai diri anda, cuba ambil peluang yang ada untuk menambah pengalaman anda. Mungkin anda baru mengalaminya buat pertama kali, tetapi jika anda dapat mengatasinya anda boleh melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Pada masa yang sama juga, majikan anda tidak akan berasa menyesal menawarkan pekerjaan ini kepada anda, kerana anda dapat menyelesaikan masalah yang ada dan bukan meninggalkan masalah tersebut begitu sahaja. Ataupun ianya boleh digunakan ditempat baru.

3.Melaksanakan Pencarian Kerja

Jika anda ingin mencari pekerjaan baru, pastikan anda betul-betul memfokuskan carian anda. Kemaskini resume anda mengikut kehendak jawatan yang ditawarkan. Jangan biarkan rasa tidak puas hati anda menyebabkan anda bertindak dengan tergesa-gesa untuk mencari pekerjaan baru. Pastikan anda membuat pemilihan yang betul dan menetapkan target anda bahawa pekerjaan yang seterusnya adalah pekerjaan tetap anda.

Walaupun anda mendapat pekerjaan yang tidak sepenuhnya menepati citarasa anda, pastikan anda kekal lama disana. Mungkin dalam tempoh masa lima tahun dan anda bolehlah mencari pekerjaan baru bagi menambah lagi pengalaman anda.

 

Sumber : money.usnews

 

[Sering Bertukar Kerja? Punca Ianya Berlaku]