Sering Bertukar Kerja? Punca Ianya Berlaku

0

Jika susah untuk anda kekal dengan satu pekerjaan dalam tempoh yang lama, anda mungkin selalu mendengar istilah ”kerja  lompat-lompat”. Istilah ini merujuk kepada seseorang yang  sering bertukar kerja dalam masa yang singkat dan ianya adalah perbuatan yang negatif untuk seseorang yang ingin  mengembangkan kerjaya mereka.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk berhenti dari sering bertukar kerja, anda perlu tahu kenapa ianya terjadi dan seterusnya mengambil langkah yang betul.

Adakah Sering Bertukar Kerja Buruk?

Sesetengah orang berpendapat sering bertukar kerja bukan sesuatu yang merosakkan kerjaya anda, dan ada juga mengatakan sering bertukar kerja bakal membunuh kerjaya anda secara perlahan.

Pada awal kerjaya anda, bertukar-tukar kerja boleh diterima. Ia boleh dilihat sebagai satu experiment untuk menyesuaikan diri anda dengan alam pekerjaan dan mencari pengalam bekerja. Tetapi untuk seseorang yang sering bertukar kerja sampai pada satu tahap akan menjadikan orang lain memberikan persepsi yang buruk. Hal ini kan menyukarkan anda untuk mencari pekerjaan baru. Jika rekod anda menunjukkan anda akan bertukar kerja dalam tempoh setahun atau dua tahun, majikan akan beranggap adakah dengan menawarkan anda pekerjaan suatu perlaburan yang bijak.

Sebagai seorang yang sering bertukar kerja, rekod anda yang sering bertukar kerja juga menunjukkan anda seorang yang kurang fokus dan tidak berdisiplin atau anda tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Atau juga ia menggambarkan bahawa anda tidak pun tahu apa yang anda mahukan.

Walaupun sering bertukar kerja akan memberikan imej yang buruk kepada majikan, penting untuk kita tahu kesannya terhdap diri kita. Bagi kebanyakkan orang sering bertukar kerja dari tempat ke tempat  akan menyebabkan kita menjadi tertekan dan tidak pasti. Ia menjadikan anda berasa tidak puas dengan pekerjaan anda. Anda juga kan berasa tidak fokus dan ragu-ragu dengan arah kerjaya anda. Akhirnya anda berasa sukar untuk mencari pekerjaan baru dan sejarah kerjaya anda menjadi lebih berterabur.

Mengapa Sering Bertukar Kerja?

Kebanyakkan orang bertukar kerja kerana mereka membuat keputusan secara tergesa-gesa. Mereka berasa tidak puas hati di tempat kerja (minggu yang memenatkan, klien yang banyak karenah, rakan sekerja yang menyakitkan hati) dan mereka terus berfikir untuk berhenti. Mereka mula berfikir bahawa situasi lain lebih baik jika dibandinkan dengan situasi sekarang.

Hasilnya, mereka berasa bimbang dan berasa mahu keluar dari situasi ini dengan kadar segera. Hal ini akan menyebabkan seseorang membuat keputusan dengan tergesa-gesa. Mereka tidak mencari peluang untuk menjadikan suasana pekerjaan lebih baik tetapi bertindak balas dengan membuat keputusan tanpa berfikir.

Mereka juga berfikir bahawa sesuatu yang baik akan datang tetapi mereka terus berhadapan dengan masalah yang sama dimana kitaran ini akan terus berulang. Dan mereka akan berhenti kerja sekali lagi dengan alasan yang sama tanpa mencari penyelesaian. Sering bertukar kerja akan menjdai satu tabiat yang sukar diberhentikan.

 

Sumber : money.usnews

 

[3 Langkah Untuk Berhenti Dari Sering Bertukar Kerja]