10 Tips Cergas Di Tempat Kerja

0

Pasti hati rasa senang bila dapat bekerja seharian dalam keadaan tubuh yang sihat dan cergas di tempat kerja. Jika anda banyak merungut dengan kerja anda, kerja tidak berjalan lancar dan kurang bersemangat dan tidak bertenaga, anda perlu lakukan transformasi dalam hidup anda.

#1 – Mulakan Hari Dengan Fikiran Positif

Buka mata dan ucapkan syukur pada Allah kerana diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan. Jika bangun sebelum subuh, anda boleh lakukan solat tahajjud dan memohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk berhadapan dengan hari yang mencabar. Baca Quran dan amalkan zikir-zikir yang sunnah supaya mendapatkan keberkatan dan ketenangan.

#2 – Lakukan Senaman dan Latihan Ringan

Hirup udara segar waktu pagi. Buat regangan dan senaman ringan agar tubuh kita aktif. Ia penting agar kita dapat memastikan sistem tubuh kita terutamanya aliran darah dapat berjalan dengan lancar.

#3 – Sarapan Yang Berkhasiat

Pastikan anda mengambil sarapan setiap hari. Pastikan ia menjadi amalan anda sekeluarga. Pengambilan protein ketika sarapan membantu anda bertenaga sepanjang hari.

#4 – Rancang aktiviti Harian Anda

Atur agenda kerja anda. Susun mengikut keutamaan agar anda tidak serabut dan kepenatan di awal pagi. Bersikap fleksibel agar anda dapat menghadapi sesuatu yang tidak terduga ketika bekerja.

#5 – Sentiasa Menjaga Kesegaran Tubuh

Sesekali bangun dari kerusi tempat duduk dan bergeraklah. Aliran darah yang baik menenangkan anda. Hirup udara atau amalkan latihan pernafasan. Jangan lupa sediakan air kosong yang cukup untuk diminum. Sangat penting untuk kesegaran anda.

#6 – Rehatlah Secukupnya

Bekerja tanpa rehat hanya menyebabkan tubuh anda lesu. Ketika waktu rehat, pastikan anda gunakannya sebaiknya. Bawa bekalan dari rumah adalah langkah yang bijak. Solat untuk mencari ketenganan dan jika sempat boleh tidur sebentar.

#7 – Mewujudkan Kegembiraan Dalam Setiap Keadaan

Unsur humor ketika bekerja mewujudkan suasana yang ceria. Dapat menghilang ketegangan ketika bekerja. Jalinkan hubungan social dengan rakan sekerja dan sentiasa relaks.

#8 – Elakkan Membawa Tugasan Pulang

Ini membantu anda bekerja secara produktif. Masa selepas bekerja hendaklah digunakan untuk kehidupan peribadi dan kegiatan social yang mendorong anda terus bersemangat.

#9 –Tidur Yang Cukup

Pastikan anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti. Jangan buang masa pada waktu malam dengan aktiviti yang tidak bermanfaat untuk diri anda. Tidur dan rehat yang cukup membantu anda untuk kekalkan kesihatan anda.

#10 – Nikmati Kehidupan Anda

Buka hari anda dengan syukur dan tutup hari anda dengan syukur. Amalkan amalan tertentu sebelum tidur. Bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada anda pada hari ini.

Related Blogs