10 Tips Ceria Di Tempat Kerja

0

Kekal Ceria Di Tempat Kerja

Kerja terlalu banyak sampai tak menang tangan, pagi meeting, tengah hari discussion, petang presentation. Tak pening kepala ke? Jangan risau. Ikuti 10 Tips Ceria Di Tempat Kerja di bawah :

1. Tarik Nafas

Memang diakui, pendekatan ini merupakan cara yang popular untuk diamalkan sepanjang anda dalam keadan yang tertekan. Tapi percaya atau tidak, cara ini memang berkesan. Tarik nafas dalam 10 atau mungkin 15 minit sambil menutup mata anda.

Anda perlu fokus pada pernafasan sahaja pada ketika itu. Lupakan segala masalah anda seketika. Selesai anda menghembuskan nafas tersebut, anda akan dapati bahawa perasaan anda akan lebih baik daripada sebelumnya.

2. Jumpa Mereka Yang Boleh Memotivasikan Anda

Temui mereka yang anda tahu mampu memberi kata-kata semangat kepada anda. Mereka yang merasakan anda mampu untuk terus berjuang di tempat kerja. Perkara ini juga merupakan peringatan kecil buat anda untuk turut saling memberi semangat kepada individu lain sekiranya mereka dalam keadaan yang lemah.

Namun harus diingat, jangan sampai menyusahkan mereka pula. Risau yang diharapkan untuk datang menghampir mengambil keputusan untuk menghindar.

3. Minum Air

Selain itu, untuk kekal ceria di tempat kerja, pengambilan air yang cukup untuk badan merupakan perkara yang paling mudah dilupakan oleh individu yang bekerja. Hal ini akan menampakkan perbezaan kepada tubuh badan yang terhidrat ataupun tidak.

Jangan lupa untuk minum air masak dalam sehari supaya anda akan terus mengingatkan diri sendiri bahawa diri anda perlukan masa untuk meneruskan tugasan yang diberikan.

4. Cari Masa Untuk Menyendiri

Sementara ramai memperoleh semangat daripada orang sekeliling, ada juga individu yang perlukan masa untuk bersendiri. Menuju ke tempat yang senyap dan tenang dalam masa sejam atau dua jam merupakan cara terbaik.

Hal ini akan memberi anda idea baru, mampu memberi maklum balas emel dengan baik dan barangkali memperoleh inspirasi untuk menyelesaikan masalah yang sukar di tempat kerja. Kerja anda akan lebih bernilai dan berharga serta lebih produktif selepas itu.

5. Makan Makanan Tepat

Pekerja seringkali mengambil masa untuk makan dalam keadaan yang terkejar-kejar. Kadangkala, kita sering mengambil makanan semasa pertengahan sesebuah mesyuarat dengan mesyuarat yang lain.

Tetapi tahukah anda perbuatan tersebut telah membina sikap yang terburu-buru dan menyebabkan seseorang untuk mudah berasa tertekan dengan pekerjaan yang dilakukan. Seeloknya, ambil masa walaupun tidak lama untuk menikmati makanan. Ketenangan kini milik anda!

6. Cari Kawan Yang Rapat

Mungkin kita rapat dengan staf yang kebetulan satu kepala dan sama minat.

Jadi berada bersama mereka sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis.

Stres kerja pun dapat dikurangkan apabila dikongsi bersama.

7. Hias Meja Kerja

Ofis menjadi rumah kedua kerana kita di situlah kita berada seharian.

Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.

Tapi jangan over sangat sampai penuh hiasan di meja.

8. Lakukan Sesuatu Yang Anda Sukai

Tidak semestinya berada di ofis sepanjang hari, anda tidak boleh melakukan apa yang minat misalnya pada waktu ‘break’, anda boleh mencari resipi-resipi menarik yang boleh dicuba malam nanti atau pada hujung minggu.

Cuma ingat, tips bekerja ini jangan pula dilakukan sampai leka hingga tidak membuat kerja!

9. Buat Benda Baru

Kesibukan kerja ada kalanya membuatkan kita tidak mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.

Sesekali berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda akan ceria di tempat kerja mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis.

10. Selalu Bergerak

Duduk sepanjang masa pun bukannya sihat, jadi sesekali bangun dan bergerak.

Mungkin berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.

 

Akhir sekali yang paling best, reward lah diri sekali sekala atas apa jua peningkatan yang anda lakukan. Tak perlu tunggu bos atau rakan sekerja memberi pujian, cukuplah anda seorang yang tahu. Jadi dengan tips bagaimana untuk kekal ceria di tempat kerja ini anda akan sentiasa bersemangat dan gembira berada di ofis.

 

Sumber : Sirap Limau dan Majalah Niaga

 

Baca Article Lain :

Memilih Kerjaya Idaman

Cergas Di Tempat Kerja

Bodek Bos Dengan Betul

Related Blogs