7 PETUA MENCETUSKAN SUASANA CERIA DI PEJABAT

0

7 PETUA MENCETUSKAN SUASANA CERIA DI PEJABAT – Career Centre Malaysia

Setiap hari, kita menghabiskan masa begitu banyak di pejabat, seolah-olah pejabat merupakan rumah kedua kita. Malah, pejabat sekaligus menjadi tempat kita menghabiskan masa dengan ‘keluarga kedua’ iaitu rakan sekerja. Bebas tugas kadang-kala memeningkan diri kita malah menyebabkan tekanan. Oleh itu, anda perlu ketahui beberapa cara/petua untuk cetuskan suasana yang ceria di pejabat.

Galakkan kecerian – Kanak-kanak prasekolah biasanya ketawa atau senyum 400 kali sehari. Manakala, orang dewasa pula hanya senyum 15 kali sehari. Berjenakalah sekali sekala untuk cerikan suasana.

Hargai rakan sekerja – Hantar ucapan ringkas terima kasih setiap kali menerima emel daripada rakan sekerja.  Walaupun ia bukan sesuatu yang biasa tetapi jika dilakukan tetap dihargai.

Mari sertai kami – Sekali sekala ajaklah rakan sekerja anda keluar. Bila lepas waktu kerja, pergilah keluar makan bersama jadi anda boleh bertukar pendapat.

Adakan hari khas – Apa kata anda rancang adakan hari khas pada waktu tertentu. Contohnya, hidupan suasan unik dengan tradisi lucu seperti memakai baju Hawai setiap hari Jumaat.

Bawa hadiah – Apabila pergi bercuti, jangan sesekali lupa pada rakan sekerja. Bawa pulang sedikit buah tangan atau cenderahati sudah memadai.

Dengar dengan teliti – Ketika mesyuarat sama ada formal atau tidak, beri tumpuan. Jangan asyik bermain dengan telefon bimbit sahaja.

Buat kejutan – Kejutan tidak semestinya yang besar, jika anda sanggup membeli kopi ataupun donut untuk rakan sekerja apa salahnya.

7 PETUA MENCETUSKAN SUASANA CERIA DI PEJABAT