Apakah kerjaya yang anda mahukan

0

Apakah kerjaya yang anda mahukan – Career Centre Malaysia

Apakah kerjaya yang anda mahukan

Kerjaya seharian yang anda lakukan semestinya bukan dilakukan kerana wang. Meski pun wang menjadi salah satu tujuan untuk anda bekerja, pasti ada perkara lain yang anda mahukan. Sekitar 70% daripada masa anda diluangkan untuk bekerja. Sekiranya kerja yang anda lakukan tidak mendapat kepuasan dan keseronokan, pasti anda akan mulai berasa bosan dan tertekan. Mengapa pentingnya untuk melakukan kerja dalam keadaan puas dan seronok? Apakah kerjaya yang anda mahukan?

Sekiranya anda benar-benar menjiwai kerja yang dilakukan, pastinya hasilnya juga menakjubkan. Elakkan daripada memilih untuk mengatakan “asalkan ada kerja, jadilah…” sebagai jawapan anda. Setahun mungkin anda boleh bekerja dengan sabar, masuk tahun yang kedua, keadaan mungkin tidak sama lagi. Anda akan mula bekerja dengan membawa tekanan bersama. Tertekan kerana tidak seronok dengan kerja yang dilakukan.

Anda harus dan berhak membuat pilihan kerja yang lebih baik kerana sebahagian besar masa anda dihabiskan untuk kerja. Usah jadikan kerja anda sia-sia begitu sahaja kerana dalam hidup ini anda berhak untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sudah pastinya hasil dan bayaran gaji yang anda terima akan menjadi lebih tinggi. Anda juga akan menerima pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang jauh lebih baik dengan kerja yang setimpal.

 

apakah kerjaya yang dimahukan

 

 

Perkara yang perlu dipandang serius

Di antara perkara yang perlu dipertimbangkan dengan serius adalah kelulusan yang anda miliki. Jika anda memiliki diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan, maka anda perlu memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan tersebut. Sekiranya gagal mendapatkan pekerjaan yang setara, cari kerja yang rendah sedikit daripada kelulusan anda untuk mendapatkan pengalaman pekerjaan, bukan bekerja untuk selama-lamanya di situ.

Kerja yang disertai dengan minat memainkan peranan penting untuk berjaya. Tiada siapa yang mahu bekerja tanpa minat. Kalau dilakukan juga, kebarangkalian untuk berasa bosan dan putus asa itu amat tinggi. Sekiranya anda minat suasana kerja yang selesa, berpakaian segak dan kemas, maka kerja di dalam pejabat amat sesuai untuk anda. Sekiranya anda jenis yang lasak, carilah suasana kerja di luar pejabat dan bergaul dengan suasana yang panas dan terik.

Kestabilan kerja menjadi satu perkara yang penting. Maklumlah tiada siapa yang mahu bekerja dengan syarikat atau bakal majikan yang bakal bangkrap. Baru kerja sebulan dua sudah tidak dapat gaji. Atau paling tidak potongan KWSP tidak dimasukkan ke dalam akaun. Lihat kembali polisi yang diberikan oleh pihak syarikat sama ada anda bekerja secara tetap atau mengikut kontrak. Ini penting bagi menjamin kestabilan kerja anda.

 

RRK-banner-002

 

Satu lagi aspek yang perlu dipertimbangkan ialah soal bayaran gaji. Jika gaji yang anda terima tidak mencukupi bagaimana anda hendak menjalani kehidupan seharian? Anda perlu menguruskan kewangan anda untuk digunakan bagi membayar kos sewa rumah, belanja makan dan pakaian. Itu belum ditambah dengan bayaran pinjaman pelajaran atau kenderaan. Oleh itu pastikan anda menerima bayaran yang sepadan dengan kerja yang anda lakukan.

 

http://rujukankerjaya.com/2015/apakah-kerjaya-yang-anda-mahukan

Apakah kerjaya yang anda mahukan  – Career Centre Malaysia