Cari Majikan yang Tahu Menghargai Sumbangan

0

Menurut laporan akhbar Berita Harian bertarikh 9 September 2016, sebanyak 54% wanita sertai sektor pekerjaan di Malaysia. Walaubagaimanapun, hanya 10.3% sahaja wanita bertindah sebagai pembuat keputusan dalam organisasi manakala 24% wanita dilantik dalam posisi pengurusan kanan.

Cari Majikan yang Tahu Menghargai Sumbangan

 

Buktikan kualiti kerja

Jurang gender bukan penghalang wanita untuk menonjolkan diri sebagai ketua dalam syarikat atau organisasi diceburi, sebaliknya perlu membuktikan keupayaan menerusi kualiti bekerja.

Jika syarikat memperlekehkan sumbangan wanita dalam kerjayanya, mereka sewajarnya mencari majikan yang tahu menghargai kecemerlangan dan kehebatannya.

Pengarah Urusan IBM Malaysia, Chong Chye Neo, berkata isu tidak ramai wanita dilantik sebagai ketua memerlukan sokongan pelbagai pihak, khususnya majikan.

“Cari Majikan yang Tahu Menghargai Sumbangan”

“Pada pandangan saya kalau syarikat kita tidak memberikan sepenuhnya sokongan pada wanita, kenapa perlu tunggu. Carilah majikan yang sesuai dan tahu menghargai sumbangan kita,” katanya pada sesi perbincangan kerjaya dalam sidang Kemuncak dan Pameran Kepemimpinan Wanita 2016, baru-baru ini.

Sesi perbincangan itu turut disertai  Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif  Zurich Insurance Malaysia, Philip Smith dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), Wan Yon Shahima Wan Othman.

Kongsi Pengalaman

Chong ketika berkongsi pengalaman berkata, beliau menyertai IBM Malaysia selepas mendapati majikan pertama kurang memberikan sokongan kepada dirinya, beliau tidak menoleh ke belakang lagi, sebaliknya mencari pekerjaan yang lebih menghargai kecemerlangannnya.

“Bersama IBM saya selesa kerana majikan amat memahami situasi saya lalui. Malah kenaikan pangkat saya dalam syarikat ini atas kredibiliti dan kecemerlangan saya,” katanya.

“ Walaupun laluan kerjaya saya nampak mudah, tetapi untuk mencapai pada tahap ini, kita perlu menunjukkan kualiti kerja yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Hafsah berkata, pekerja perlu tahu cara memberi sumbangan yang terbaik untuk majikan, selain mencabar diri meningkatkan kemahiran dan ilmu bagi mencapai tahap terbaik dalam bidang diceburi.

Katanya, wanita seharusnya meletakkan diri masing-masing pada posisi yang tepat supaya keupayaan boleh diketengahkan untuk kenaikan pangkat atau sebagainya.

Beliau berkata, wanita berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam dunia pekerjaan kerana perlu membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

“Pada saya keluarga dan kerjaya perlu seiring dan kita perlu bijak mengurus dengan baik,” katanya.

Jadi pencetus

Beliau pernah berhadapan dengan kesedihan terutama ketika kehilangan anak perempuan yang terbabit dalam suatu kemalangan, pada 1988. Peristiwa itu juga membuat dia lebih berdaya saing.

“Waktu saya sangat sedih dan kerap bertanya pada diri adakah saya tidak memberi sepenuh perhatian pada keluarga. Dengan dorongan keluarga, majikan dan rakan, saya bangkit  bagi membuang sifat negative.

“Saya yakin apabila saya membantu orang lain berjaya, anak saya itu pasti lebih gembira. Apa yang cuba saya sampaikan, kadangkala dugaan hidup menjadi pencetus bekerja keras dan berbakti kepada majikan dan masyarakat,” katanya.

buktikan-kualiti-kerja

 

Sumber: Berita Harian