Nasihat Ini Penting Jika Memohon Internship atau Kerja Melalui Email

0

Jika anda seorang graduan atau sedang dalam usaha mencari pekerjaan, anda pasti menggunakan email sebagai salah satu medium untuk memohon kerja kosong atau jawatan kosong. Kebiasaannya bukan satu tapi anda pasti menghantar lebih dari satu emal memohon kerja kosong atau jawatan kosong dan ada segelintir dari anda pasti mengalami masalah ini:

Tiada satu pun email maklum balas untuk setiap permohonan tersebut. Kenapa jadi macam ni ya?

Nasihat Ini Penting Jika Memohon Internship atau Kerja Melalui Email

Kemungkinan besar email yang anda hantar itu memberi gambaran yang anda tidak serius untuk bekerja dan pasti ada sebab majikan tidak baca permohonan kerja anda.

Jika anda alami masalah ini, 6 nasihat ini penting jika memohon internship atau kerja melalui email. Nasihat ini diberi oleh seorang leader aplikasi KATSANASyed Ahmad Fuqaha.

Nasihat Ini Penting Jika Memohon Internship atau Kerja Melalui Email

1. Email Kosong

Jangan hantar email kosong. Ini maksudnya anda tidak menunjukkan sebarang effort. Jika email meminta placement pun tidak dikarang, adakah employer sanggup beri kerja kepada anda?

2. Compress File (ZIP, RAR, dll)

Jangan sekali-kali hantar compressed file (.rar atau .zip). Tiada orang yang ada masa untuk unzip dan baca file anda setiap satu. Lagi satu, *.rar ni perlukan software khas untuk uncompress. Winrar (Windows), or unRar (OSX). Anda hanya menyusahkan pembaca email daripada membaca kandungan.

3. Dokumen Format PDF

Jangan hantar file dalam bentuk .doc/.docx/.jpg/. Hantar semua file anda dalam .pdf

4. Nama Penerima

Di dalam isi email, paling kurang nyatakanlah kepada siapa anda hantar email tersebut, contoh: Dear Katsana, or Dear TheLorry.com. (dapat tahu dari Nadhir Ashafiq bahawa pengarang email ini hantar email yang sama kepada KATSANA dan TheLorry).

5. Perkenalkan Diri

Nyatakan siapa diri anda dan apa tujuan anda meminta placement latihan industry. Apa yang anda harap boleh dipelajari dari latihan tersebut.

6. Sebab Permohonan

Jangan sekali-kali kata tujuan latihan industri adalah kerana itu permintaaan subjek anda. Kami sudah tentu faham bahawa ini keperluan study, ada beribu interns lain yg juga apply, jadi kenapa kami harus pilih anda?

Sumber: FB Syed Ahmad Fuqaha